“Tokki, tokki cerita-lh cerita nabi haritu. Adik Zuan belum dengar lagi”
Level up lagi aku hari ni. Ini semua pengaruh tv. Adil dan Zuan ank jiran yang suka datang bertandang bermain kucing-kucing pakcik.
Apa lagi di hari raya. Diorang buat rumah aku macam rumah depa jer.

Takper lah bebudak. Pakcik dah tkder anak kecik dan seronok jugak melayan diorang. Terutama si Zuan.

“Emm, hari ni tokki nak cerita kisah Nabi Adam. Ok tak?”
“A’ah yeah! Okok” Balas si Adil yang sebenarnya tak amik port pun pasal cerita. Mulutnya penuh dengan lemang jer.

“Oklah ceritanya begini..”

“Nabi Allah Adam AS setelah dia dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi, dia dipisahkan daripada nenek Hawa. Sedih.. Selama 300 tahun nabi Allah Adam tak angkat kepala memandang ke langit dan 200 tahun dia menangis. Kepalanya tunduk menghadap bumi kerana sedih dimurkai Allah SWT. Air mata nabi Adam mencurah-curah menjadi minuman haiwan, burung-burung dan menjadi baja tumbuhan sekeliling”

“Nabi Allah Adam ni tinggi orangnya. Lebih kurang 35 hasta – cenggini sehasta. Darab 35”
“Oo.. tingginya” sambut si Zuan sambil Kedua tangannya digerak-gerak seperti mengukur sesuatu.
“A’ah nabi Allah Adam AS sangat tinggi. Kalau dia dahaga dia minum air yg berada di awan. Air hujan kut”

“Setiap hari nabi Allah Adam melihat matahari mengelilingi bumi. Malam menjadi siang, Dan siang menjadi malam. Siang tu seksa kepada nabi Adam sebab – panas, dan lagi dia masih telanjang”
“Hish, tokki tipu. Tak malu lah” kata Zuan.
“Iya, nabi Allah Adam diturunkan ke bumi telanjang – takder pakaian, Lagipun nak malu apa? Bukan ada orang lain Zuan”
“Ooo..”
“Dah tu takkan nabi Adam camtu jer tokki?”

“JIbril AS lah yabg selalu datang menjaga nabi Adam. Masa kuku dan rambut nabi Adam jadi panjang, Jibril AS lah yang tolong potong dan kemaskan”
“Dan dari kuku-kuku nih tumbuhlah pokk kurma. Begitu-lah ceritanya”

“Baiknya Jibril yer tokki.. ”
“A’ah, Jibril AS mmg baik. Teramat baik kepada nabi Adam”
“Dah tu nenek Hawa camner tokki?”
“Nenek Hawa dia diturunkan di tempat lain, jauh dari nabi Adam. Jibril AS jugak yang jaga nenek Hawa”
“Jibril AS bawak bulu kambing biri-biri dari syurga, dan ajar nenek Hawa buat kain daripada bulu tu. Jadi nenek Hawa berpakaian lah. Biasalh Zuan, kita lelaki memang bodoh sikit. Sejak dari tuk nenek memang camtu”

“Emm.. nenek Hawa memang pandai lah yer tokki? Lagi-lagi apa yg jadi kat nabi Adam tokki?”
“Jibril AS bawak sehelai pakaian yang nenek Hawa buatkan utk nabi Adam. Biasalah, orang lelaki memang kalau tkder permpuan urusakan -jem dia. Ingat tu Zuan”
“A’ah, ibu selalu cakap camtu kat ayah jugak tokki”
Memandai jer kau ni Zuan..

“Tokki-tokki, nabi Adam tak lapar ke tokki?” tanya si Adil
“Mau tk lapar..berapa ratus tahun tak makan”
“Tak mati pulak dia?” si Zuan mencelah.
“Kalau mati nabi Adam, aku-kau dan adik tinggal jadi hama lah.. bukan manusia. Aduii.. nabi Adam tu kan ayah kepada semua manusia”
“Ooo..” dua dua menyahut kali ni.

“Nabi Adam makan apa tokki?” tanya si Zuan lagi. Kali ni ketupat terakhir dirumah aku sedang dirungkai simpulya.
“Emm, setelah rasa lapar yang amat sangat nabi Adam mengadu kepada Jibril AS. Jibril AS bawak turun 2 ekor lembu dari syurga. Seekor hitam dan seekor lagi merah”
“Jibril AS juga bawak segenggam benih gandum. Dia mula ajar nabi Adam membajak tanah dan bercucuk tanam dengan benih gandum tu”

“Ooo.. gitu”
“Baiknya Jibril tokki.. Klau ayah Zuan kan.. humph.. garang.. asyik nak marah jer..”
Hish, budak nih, berapa banyak kau punya family inside stories kau nak cerita kat aku pagi ni weh?
“Ish, biarlah, ayah kau bukan sengaja tuu marah.. Tokki tau dia marah kau sebab dia sayang kau Zuan. Lagipun nabi Adam pun pemarah jugak orangnya..”
“Huh? Ye ker tokki?”
“Iyer..”

“Orang lelaki ni dia cepat marah sebab tokki diorang nabi Adam pun sama. Masa dia membajak tanah ada satu kali tu ada seekor daripada lembu yang Jibril AS bagi tu tak mau bergerak buat kerja. Nabi Adam marah sangat, terus dipukulnya dengan cemeti”
“Ish, garangnya..macam ayah kita yer kan adik?” Adil cuma mengangguk kepala bersetuju dengan celoteh abangya tu. Dia tau kalau tak bersetuju pasti dia jugak kena balik rumah seorang diri nanti.
“Hish, tak baik lah cakap camtu kat ayahmu Zuan..”
“Nak tau apa yang jadi lepas tu?”
Kedua-dua budak tu mengangguk dengan pandangan ingin tahu tentang apa yang akan/telah berlaku.

“Lembu yang dipukul tu bercakap.. dia bertanya kepada nabi Adam – “Kenapa kau pukul aku?””
“Nabi Adam menjawab – “Sebab kau tak dengar dan melawan cakap aku!””
“Lembu tu pulak reply dengan tenang dan bersahaja – “Betapa lembutnya Allah SWT kepada kau Adam. Sebab masa kau buat salah, tak dengar cakapNya, Allah SWT tak pukul pun kamu””
“Nabi Allah Adam AS kaget sekejap. Dia menangis lagi. Kata nabi Adam “Ya Allah! Semua benda mengejekku sekarang, sehingga binatang pun mengejekku”

“Nangis lagi..” celah si Zuan
“A’ah, yang kau tu duk ejek dan usik adik, adik tak nangis?”
Dicebiknya aja kat aku.. Budak-budak, biasalah..

“Tokki, binatang dulu memang oleh bercakap ker? Apsal Eppi dgn Lala tak cakap pun?”
“A’ah sebab cerita ni lah binatang dah tak boleh bercakap dengan manusia. Allah SWT menyuruh Jibril AS membuang kebolehan bercakap ni daripada semua jenis haiwan didunia ni. Sebab tu Lala dan Eppi tak boleh bercakap dengan kita Adil”
“Ooo..”

“Tokki tak abis jawab lagi Zuan.. nabi Adam makan apa? Asyik cerita lembu jer..” juih si Zuan, bila si Adil yang naik nama.

“A’ah, sorry.. tokki sambung..”
“Setwlah cerita nabi Adam triggered dengan lembu tu tadi dan dia diberi layanan VIP lagi supaya tak diejek orang, dia terus menanam benih gandum yang malaikat Jibril bagi sebelum ni”
“Lepas seketika tumbuhlah gandum, dan Jibril AS ajar nabi Adam camaner nak pangkas, tampi gandum-gandum hasil tanamannya”
“Lepas tu nabi Adam bertanya kepada Jibril -“Sekarang dah boleh makan?””
“Jibril menjawab – Sabar..belum lagi”
“JIbril kemudiannya ambil dua biji batu dari gunung dan mengajar nabi Adam menggiling biji gandum menjadi tepung”
“Lepas tu nabi Adam tanya lagi.. -“Sekarang dah boleh makan?””
“Jibril jawab ; “Sabar, belum lagi”
“Jibril kemudiannya ke neraka mengambil sepercik api dan kemudian basuh dan rendam sebanyak 7 kali menggunakan air sungai di syurga”
“Kalau tak – musnah dunia nih..”
“Lepas tu malaikat Jibril ajar nabi Adam macamana nak bakar dan buat roti”

“Lambatnya tokki.. panjangnya ceritaaa” celah si Zuan lagi.
Aku senyum jer dan menjawab “Orang lelaki memang bukan penyabar Zuan.. hehehe.. Sebab tu orang sabar hadiah dia – syurga.”
“Emm.. ok” jawab Zuan kembali dengan sedikit muncung dimulutnya.

“Nabi adam bertanya lagi – “Ok sekarang dah boleh makan dah?”
“Jibril menjawab -“Belum lagi. Sabar dan makanlah setelah matahari tenggelam. Lengkapkan puasa-mu Adam”

“Itu-lah kali pertama manusia berpuasa Zuan, Adil.. juga sebab kita ucap Alhamdulillah lepas kita makan ok?”
“Ok-ok” jawab keduanya..

“A’ah, dah makan sekarnag – pandailah korang hantar pingan ke singki. Tokki dah penat bercerita. Yang baca pun dah komplen panjang sangat nak scroll baca..”
“Dah tu abis dah ker ceritanya tokki?” Tanya si Adil.

“Abis dah – buat masa nih. Tengoklah kalau korang nak dengar lagi”
“Nak-nak-nak-nak!” sambut keduanya. Aih.. cerita-cerita nabi camni memnag besar jumlah audiens dia.

Nak pakcik cerita lagi tolong tekan Like-Love dan share ok..
Nak Zuhur dulu, ada masa pakcik cerita lagi…

 

Nukilan
Ahmad Harun
Sumber: www.chemat.tv