Page ini adalah berkenaan berita, aktiviti masyarakat dan pelbagai info berkenaan negeri Pahang Darul Makmur
  • 21 people like this
  • People and Nations
Recent Updates
  • ASAL USUL DAN SEJARAH BENDERA NEGERI PAHANG

    Bendera Pahang lah bendera yang paling mudah untuk digambarkan, baik dalam bentuk tulisan mahupun lukisan kerana warnanya, putih di atas dan hitam di bawah. Warna hitam adalah simbol dan lambang kebesaran Bendahara, iaitu pemerintah di Pahang sebelum Kesultanan Pahang Moden wujud pada tahun 1882.

    Menurut buku Institusi Bendahara Johor - Pahang hasil tulisan Suzana Haji Othman terbitan tahun 2002, bendera serba hitam merupakan bendera Bendahara sejak turun-temurun, mungkin sejak Kesultanan Melayu Melaka. Negeri-negeri beraja seperti Perak, Pahang dan Terengganu mengambil nobat dari Melaka dan menggunakan khidmat bendahara dari Keluarga Bendahara Melaka yang dilantik juga dari kalangan Kerabat Diraja.

    Ketika Bendahara Wan Ahmad diangkat menjadi Bendahara dan Pemerintah negeri Pahang pada tahun 1863, Wan Ahmad sebagai Bendahara masih mengekalkan bendera serba hitam sebagai Bendera Pahang dan Bendahara. Secara kebetulan, bendera Rasulullah SAW juga berwarna hitam (gambar 3).
    Apabila Wan Ahmad dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pertama dari dinasti Kesultanan Pahang Moden oleh para pembesar Pahang pada tahun 1882, Baginda menambah satu jalur putih menegak di sebelah pangkal bendera. Warna dominan hitam melambangkan baginda sebagai keturunan bendahara, manakala jalur putih menegak adalah warna raja, melambangkan baginda bergelar Sultan Pahang, dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.

    Warna dan corak semasa bendera Pahang mula diguna pakai pada tahun 1903, ketika Pahang masih diperintah Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (gambar 1). Warna putih di atas warna hitam membawa makna bahawa Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.
    Ia juga membawa erti bahawa negeri ini ada keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang berdaulat.
    ASAL USUL DAN SEJARAH BENDERA NEGERI PAHANG Bendera Pahang lah bendera yang paling mudah untuk digambarkan, baik dalam bentuk tulisan mahupun lukisan kerana warnanya, putih di atas dan hitam di bawah. Warna hitam adalah simbol dan lambang kebesaran Bendahara, iaitu pemerintah di Pahang sebelum Kesultanan Pahang Moden wujud pada tahun 1882. Menurut buku Institusi Bendahara Johor - Pahang hasil tulisan Suzana Haji Othman terbitan tahun 2002, bendera serba hitam merupakan bendera Bendahara sejak turun-temurun, mungkin sejak Kesultanan Melayu Melaka. Negeri-negeri beraja seperti Perak, Pahang dan Terengganu mengambil nobat dari Melaka dan menggunakan khidmat bendahara dari Keluarga Bendahara Melaka yang dilantik juga dari kalangan Kerabat Diraja. Ketika Bendahara Wan Ahmad diangkat menjadi Bendahara dan Pemerintah negeri Pahang pada tahun 1863, Wan Ahmad sebagai Bendahara masih mengekalkan bendera serba hitam sebagai Bendera Pahang dan Bendahara. Secara kebetulan, bendera Rasulullah SAW juga berwarna hitam (gambar 3). Apabila Wan Ahmad dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pertama dari dinasti Kesultanan Pahang Moden oleh para pembesar Pahang pada tahun 1882, Baginda menambah satu jalur putih menegak di sebelah pangkal bendera. Warna dominan hitam melambangkan baginda sebagai keturunan bendahara, manakala jalur putih menegak adalah warna raja, melambangkan baginda bergelar Sultan Pahang, dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah. Warna dan corak semasa bendera Pahang mula diguna pakai pada tahun 1903, ketika Pahang masih diperintah Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (gambar 1). Warna putih di atas warna hitam membawa makna bahawa Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ia juga membawa erti bahawa negeri ini ada keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang berdaulat.
    0 Comments 0 Shares
  • 0 Comments 0 Shares
  • 0 Comments 0 Shares
More Stories