Internet Marketer
- VIP Member
- Lives in Kuantan
- From Kuantan
- Male
- Married
- 22/08/1997
- Followed by 16 people
Location Info
- State
Pahang
Friends 14
Recent Updates
- SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN :
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perap
CARA :
Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...
1. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
2. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
3. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...xyah banyak2 sangat...kacau sebati...masuk ikan
4. tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang.....tulang dah agak lembut
5. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...kaknon guna periuk ajaib tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...sedia di hidangkan..
kredit : t.me/resepimudahsimple - RESEPI AYAM GEPREK BEREMPAH EXTRA SPICYπ₯
Bahan-bahan
==========
15 btg Cili padi
2 btg Cili besar
3 biji Bawang putih
6 biji Kacang gajus(ikut selera masing2)
olive oil
tauhu
gula
garam
timun
*grill cili padi,cili besar,bawang putih dan kacang gajus
Cara-cara masak ayam berempah
========================
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil gula
secubit garam
1/2 inci halia
3 helai cili kering
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung gandum
*blend semua bahan diatas kecuali tepung.. perap ayam dalam 30min sebelum goreng
Cara-caran buat sambal geprek
=======================
1. Letak cili padi,garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung batu biasa je.
2. Lumatkan semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar,gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun tak pedih huhuhu..
5. Gaul rata.
6. Masukkan ayam berempah yang dah digoreng. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
7. Siapppppp!! Boleh dimakan bersama nasi putih panas2 nyummmmm
Selamat mencuba!!
Credit : t.me/resepimudahsimple - Jom! Tak jauh pun ni.. 15 min je dari bandar Kuantan, lokasi hotel boleh dikatakan baru buka juga ni terletak di sungai karang, beserah.
Yang best ada swimming pool, tak puas mandi pantai boleh terjun swimming pool besar.
π Adena Beach Resort
π 09-544 1111
π£ https://goo.gl/maps/vcJdYnw2QyjPBpiW9
πΈ Nurnadira Abd Kadir, Farah Ayumie & Hafiza Ismail
Follow Moh Ke Pahang di Telegram t.me/mohkepahang & Instagram @mohkepahang
#MohKePahang #SyoknyaPahang - Pasar Dinda, spot baru di Kuantan!
.
Sis kalau ke Kuantan nanti boleh singgah ke Pasar Dinda.. dekat sini memang semua gadis2 dan wanita2 shj yang berniaga.. ada banyak dijual barangan perempuan, antaranya barangan Art & Craft, Makanan, barangan pre-loved, baju-baju dan banyak lagi!
.
Lokasi tempat ni adalah bersebelahan Kuantan Street Art, jadi lepas sis bergambar dkt street art tu boleh la singgah.. Ia dibuka setiap Jumaat & Sabtu sahaja, dari jam 6ptg sehingga 12 tgh malam..
.
π Pasar Dinda
Jalan Besar, Kuantan
(Sebelah dengan Kuantan Street Art)
.
πΈ Kaki Travel
Follow Moh Ke Pahang di Telegram t.me/mohkepahang & Instagram @mohkepahang
#MohKePahang #SyoknyaPahang
More Stories